RAKAMAN: WEBINAR PEMAKANAN DAN KESIHATAN MENTAL

"Setiap waktu rasa nak tamatkan hidup, setiap waktu dibisikkan dengan perkara negatif, setiap waktu menyalahkan diri sendiri, setiap waktu ada rasa untuk self-harm."
Perkongsian dari salah seorang pesakit mental yang menyifatkan kesembuhan adalah sebuah mimpi buat beliau.
Astaghfirullah,
Astaghfirullah,
Astaghfirullah.
Setiap kali saya mendengar luahan atau penceritaan dari seorang pesakit mental saya jadi sebak dan tidak mampu untuk mengeluarkan kata kata seolah-olah mulut saya dikunci dengan realiti kehidupan orang sekeliling.
Namun beliau sangat hebat. Bertahun lamanya beliau bertarung dengan diri sendiri. Syukur Alhamdulillah sekarang sudah hampir 3 tahun beliau bebas dari perasaan self-harm atau mencederakan diri sendiri.
Tetapi untuk sembuh sepenuhnya akan memakan masa. Terdapat beberapa langkah yang boleh diambil untuk menyelesaikan masalah mental. Salah satunya adalah mengubah diet pemakanan anda.
PEMAKANAN adalah salah satu langkah penyelesaian kepada KESIHATAN MENTAL dan FIZIKAL. Pentingnya mengamalkan diet dan pemakanan yang seimbang bagi menjaga kesihatan mental kita daripada merosot.
Antara simptom-simptom seseorang mengalami masalah mental.
"Anxiety" atau Kebimbangan
1. Merasa gelisah.
2. Selalu penat.
3. Kesukaran menumpukan perhatian.
4. Irritable.
5. Sakit kepala, otot, perut & sakit yang tidak dapat dirungkai.
6. Susah untuk mengawal perasaan bimbang.
7. Sukar tidur/ sukar nyenyak.
"Panic Attack" atau Serangan Panik
1. Denyutan jantung yang laju.
2. Kuat berpeluh.
3. Loya.
4. Sakit di bahagian dada.
5. Kesukaran bernafas.
6. "Trembling"
"Depression" atau Kemurungan
1. Kesedihan yang melampau, rasa kosong & tiada harapan.
3. Marah yang melampau walaupun masalah yang kecil.
4. Kehilangan minat dalam aktiviti biasa seperti: Hubungam suami isteri,hobi & sukan.
5. Gangguan tidur(insomnia) atau tidur yang terlampau banyak.
6. Tidak ada tenaga walau kerja ringan.
7. Kurang selera makan.
8. Penurunan berat atau penurunan.
9. Tidak dapat berfikir dengan tajam.
10. Masalah pertuturan.
11. Sentiasa rasa bersalah dan "self blame"
12. Sukar buat keputusan dan mengingati sesuatu.
13. Sentiasa fikir mati dan bunuh diri.
14. Masalah fizikal yang tidak dapat diterangkan seperti:
- Sakit kepala.
- Sakit belakang.
Ramai juga mengatakan penyakit mental berpunca dari stress yang teramat…
Persoalannya dalam dunia zaman sekarang boleh ke nak kurangkan stress..
Niat nak lari dari stress kita cuba ambil cuti dan pergi spa..
Sekali makin stress sebab teringat kat kerja makin banyak pulak!!
Dan duit dah melayang pulak tu..
Masya Allah..
Perasan tak masalah mental juga menyebabkan kerosakan terhadap rumah tangga.
Ia juga menyebabkan silaturrahim terputus.
Ia juga boleh menyebabkan sebarang perkara yang tidak akan diduga berlaku yang boleh melibatkan kecederaan, kemalangan malah maut.
Sebab itulah sangat penting memahami perhubungan badan dan makanan..
Bila badan kita kukuh..
Kita akan boleh hadapi stress dan dugaan hidup dengan penuh nikmat!!
Dari situlah kita dapat pelajaran hidup..
Janganlah kita takut kepada stress dan takut pada dugaan atau kita rasa putus asa..
Berjuanglah..
Dengan itu..marilah kita sama-sama menghadam satu perkongsian terhadap kesihatan mental dan perkaitan dengan kesihatan badan serta makanan ..
Bicara kali ini kita akan membawakan pakar psikiatri bersama kami kali ini..
Pelaburan Ilmu:
RM39 – Early Bird
RM59 – Normal Price
Webinar akan diadakan pada:
HARI: Sabtu
TARIKH: 15 Oktober 2022
MASA: 8.30 pagi hingga 12.30 tengahari